Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin depan.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, di peringkat awal lagi, parti itu sudah menyatakan sokongan kepada Anwar memimpin kerajaan perpaduan.